UBSC1102 Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak.pdf

Tumbuhan bunga alat permainan yang menarik juga perlu

This preview shows page 48 - 50 out of 81 pages.

menyeronokkan. Tumbuhan, bunga, alat permainan yang menarik juga perlu ada. Perabot seperti meja dan kerusi perlulah dalam saiz kanak-kanak. Ia juga perlu ringan supaya kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun boleh mengangkatnya. Meja perlu dalam bentuk segi tiga yang boleh digunakan dua atau tiga kanak- kanak jika mereka duduk bersama. Perlu juga ada meja kecil jika kanak-kanak perlu membuat tugasan bersendirian. Peralatan perlu di atur dalam almari yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. Ruang yang menyediakan alatan yang membolehkan kanak-kanak mendapat kemahiran tertentu juga perlu ada. Di pusat Montessori, terdapat ruang membasuh tangan yang cukup rendah untuk kegunaan kanak-kanak tiga tahun. Juga terdapat ruang meletakkan sabun, berus kuku, tuala, dsb. Lebih baik juga, menurut Montessori, jika ada almari kecil untuk setiap kanak-kanak menyimpan barang keperluan mereka seperti sabun, berus gigi, dsb. Dalam setiap bilik, almari yang rendah diperlukan bagi menyimpan bahan pembelajaran. Pintunya harus mudah dibuka. Kanak-kanak perlu diberi tanggungjawab untuk menjaga bahan-bahan dalam almari tersebut. Di atas almari boleh diletakkan pasu bunga, akuarium kecil, dan alat mainan lain. Kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk bermain dengan alat mainan itu. Kelas perlu dilengkapi papan tulis yang digantung rendah agar kanak-kanak boleh menggunakannya. Sediakan kotak untuk meletakkan kapur dan pembersih papan tulis. Ia juga perlu dihias dengan cantik untuk menarik perhatian kanak-kanak. Falsafah Montessori bersandarkan kepada logik, sistematik, dan kecantikan. Kanak-kanak 44 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Image of page 48

Subscribe to view the full document.

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Berdasarkan aktiviti individu. Kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza akan terlibat dalam aktiviti individu. Mereka bebas memilih projek yang disukai. Aktiviti ini biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut peraturan sendiri dan bekerja sendiri atau berpasangan. Kanak- kanak kecil belajar aktiviti tertentu dengan memerhatikan dan meniru kanak- kanak yang lebih tua. Program Montessori ini direka untuk kanak-kanak 3-6 tahun. Guru Dalam program Montessori, penyeliaan orang dewasa adalah minimum. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri semasa menunjukkan cara-cara menggunakan alatan/bahan baru. Guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ini ialah membina ganjaran kendiri dan motivasi intrinsik. Guru mempelajari kaedah dan kurikulum Montessori melalui kursus intensif pada peringkat ijazah. Bahan Mempunyai ciri istimewa. Material adalah didaktik, direka untuk subjek spesifik. Dalam bentuk penyesuaian kendiri ( self-correcting ) di mana kanak-kanak mendapat maklum balas sama ada mereka berjaya atau tidak selepas menyelesaikan tugasan menggunakan bahan tersebut.
Image of page 49
Image of page 50

{[ snackBarMessage ]}

What students are saying

  • Left Quote Icon

    As a current student on this bumpy collegiate pathway, I stumbled upon Course Hero, where I can find study resources for nearly all my courses, get online help from tutors 24/7, and even share my old projects, papers, and lecture notes with other students.

    Student Picture

    Kiran Temple University Fox School of Business ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    I cannot even describe how much Course Hero helped me this summer. It’s truly become something I can always rely on and help me. In the end, I was not only able to survive summer classes, but I was able to thrive thanks to Course Hero.

    Student Picture

    Dana University of Pennsylvania ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    The ability to access any university’s resources through Course Hero proved invaluable in my case. I was behind on Tulane coursework and actually used UCLA’s materials to help me move forward and get everything together on time.

    Student Picture

    Jill Tulane University ‘16, Course Hero Intern