26 Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN Di dalam negara Malaysia LHDN adalah satu

26 lembaga hasil dalam negeri lhdn di dalam negara

This preview shows page 4 - 6 out of 11 pages.

2.6 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Di dalam negara Malaysia, LHDN adalah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang diberi tanggungjawab untuk memungut dan mentadbir cukai langsung negara iaitu cukai pendapatan, cukai tanah dan duti setem. Merujuk kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169), di bawah seksyen 2, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ertinya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533]. Taksiran yang
Image of page 4
Bachelor’s Degree Project (BDP) dibuat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah berdasarkan tahun semasa. 2.7 Pengecualian duti setem Menurut Davidoff, I., & Leigh, A. (2013), mereka mendapati impak duti setem perolehan iaitu peningkatan 10 peratus dalam duti setem merendahkan perolehan harta sebanyak 3 peratus pada tahun pertama, dan sebanyak 6 peratus jika dikekalkan dalam tempoh 3 tahun seterusnya. Dengan mencerminkan dapatan kajian Davidoff, I., & Leigh, A. (2013), pengecualian duti setem sepatutnya dapat meningkatkan perolehan harta yang disasarkan. Sejak tahun 2008 hingga kini, polisi pengecualian duti setem bagi harta tanah yang terlibat tidak pernah ditarik semula. Di Malaysia, pengumuman berkenaan polisi pengecualian duti setem dan segala pindaannya diumumkan oleh menteri kewangan di dalam pembentangan belanjawan tahunan. Beberapa pindaan dalam polisi duti setem dicadangkan di dalam belanjawan tahun 2009, belanjawan 2011, belanjawan 2013, belanjawan 2015, belanjawan 2017 dan belanjawan 2019. 2.7.1 Belanjawan 2008 Di dalam ucapan ini, menteri kewangan telah mencadangkan untuk memberi pengecualian 50 peratus duti setem diberi ke atas surat cara pindah milik bagi sebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM250, 000 seunit. Cadangan ini dikemukakan dengan inisiatif untuk mengurangkan kos pembelian sebuah rumah sehingga RM2, 000 dalam masa yang sama untuk merangsang sektor harta tanah pada masa itu. Bagi cadangan ini, tempoh pengecualian diberi untuk perjanjian jual beli (S&P) yang disempurnakan mulai 8 September 2007 sehingga 31 Disember 2010. 2.7.2 Belanjawan 2009 Di dalam ucapan ini, menteri kewangan telah mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberikan juga ke atas surat cara perjanjian pinjaman kepada pembeli rumah kos sederhana berharga sehingga RM250, 000 seunit. Cadangan ini dikemukan dengan inisiatif yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu untuk mengurangkan kos memiliki rumah. Bagi cadangan ini, tempoh pengecualian diberi untuk S&P yang disempurnakan mulai 30 Ogos 2008 sehingga 31 Disember 2010. 2.7.3 Belanjawan 2011 Di dalam ucapan ini, menteri kewangan telah mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus itu hanya diberikan kepada pembeli rumah pertama sahaja. Walaubagaimanapun, pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ini diberikan ke atas surat cara pindah milik dan surat perjanjian pinjaman bagi sebuah rumah yang berharga RM350, 000 seunit. Dengan itu, langkah ini dapat mengurangkan kos pembelian sebuah rumah sehingga RM3, 000. Juga, cadangan ini dikemukakan dengan inisiatif untuk meningkatkan pemilikan rumah.
Image of page 5
Image of page 6

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 11 pages?

  • Fall '13

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture