Pembangunan mapan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa

Pembangunan mapan hendaklah memenuhi keperluan

This preview shows page 17 - 20 out of 25 pages.

pembangunan mapan (Berita Harian, 2015). Pembangunan mapan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa memberi kesan kepada generasi akan datang. Hal ini, bertetapan dengan konsep bangunan hijau yang dapat menjimatkan sumber. 1.2 Latar belakang kajian Penekanan terhadap bangunan hijau adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama kerajaan-kerajaan di seluruh dunia yang memberi keutamaan kepada isu-isu alam sekitar yang semakin meruncing. Dengan mengaplikasikan bangunan hijau dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Bangunan hijau juga merupakan potensi besar dalam pembangunan negara. Industri yang terlibat dan yang membangunkan produk yang berkait dengan teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Bangunan hijau adalah untuk mewujudkan struktur dan ia menggunakan proses yang mesra alam dan menggunakan sumber dengan optimum sepanjang kitaran hidup
Image of page 17
3 sesebuah bangunan. Ia meliputi dari permulaan untuk mereka bentuk, proses pembinaan, operasi, penyelenggaraan, pengubahsuaian, perobohan dan segalanya termasuk pemilihan bahan bangunan sehingga lokasi dimana bangunan itu terletak. Malaysia telah mempunyai bangunan hijau semenjak dari tahun 2005. Pencapaian ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pemaju hartanah untuk lebih bersikap prihatin dan mempunyai kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dan pembangunan mapan. Pembangunan yang mesra alam lebih tinggi nilainya berbanding dengan bangunan biasa. Di samping itu, ia juga dapat menjaga alam sekitar (Yee, 2011). Penerapan konsep bangunan hijau diperlukan oleh industri pembinaan dalam usaha untuk mencapai situasi seimbang antara kedua-dua sektor pembinaan dan persekitaran global. Hal ini memerlukan tindakan dan sokongan semua pihak dalam industri pembinaan. Halangan yang menyebabkan pihak kontraktor untuk melaksanakan bangunan hijau perlu dikenalpasti dan dikaji. 1.3 Penyataan masalah Masalah yang menyebabkan kajian perlu dilakukan ialah disebabkan kekurangan pengaplikasian konsep bangunan hijau. Bangunan hijau adalah satu konsep yang agak baru dalam industri pembinaan di negara-negara membangun di Asia Tenggara. Di Malaysia, kepakaran dan pengalaman yang terhad dalam pembangunan hijau menghalang pelaksanaan konsep ini. Masih terdapat banyak kenyataan negatif tentang industri pembinaan dan ini menunjukkan banyak usaha perlu diambil bagi meningkatkan industri binaan (Abidin & Jaafar, 2008). Didapati sesetengah pihak kontraktor tidak melaksanakan pembinaan lestari secara menyeluruh. Hal ini disebabkan tahap kesedaran dan kesediaan menggunakan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang lestari (Abidin et. al, 2008). Tambahan lagi terdapat pihak kontraktor yang tidak dapat berubah ke arah pembangunan hijau
Image of page 18
4 (Calrecycle, 2009). Mereka masih selesa mengamalkan kaedah-kaedah pembinaan tradisional.
Image of page 19
Image of page 20

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 25 pages?

  • Summer '17

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes