Penciptaan wang adalah proses mengeluarkan atau menghasilkan wang baru Terdapat

Penciptaan wang adalah proses mengeluarkan atau

This preview shows page 8 - 10 out of 13 pages.

adalah dalam bentuk deposit bank. Penciptaan wang adalah proses mengeluarkan atau menghasilkan wang baru. Terdapat tiga cara untuk menciptakan wang iaitu dengan cara mencetak mata wang kertas atau wang logam, kedua melalui pengadaan hutang dan pinjaman dan yang ketiga melalui pelbagai dasar kerajaan, misalnya seperti pelonggaran kuantitatif. Pelbagai praktis dan regulasi untuk mengatur produksi, pengeluaran, dan penarikan wang adalah perhatian utama dalam ilmu ekonomi moneter (misalnya tentang persediaan wang, mazhab monetarisme), dan mempengaruhi berjalannya pasar kewangan dan daya beli wang. Bank pusat bertanggungjawab mengukur jumlah wang yang beredar serta menunjukkan banyaknya wang yang ada pada masa tertentu. Jumlah wang baru yang tidak diketahui penciptaannya dapat ditunjukkan dengan cara membandingkan pengukuran-pengukuran tersebut pada waktu yang berbeza. Dalam pada itu, bank komersial mampu untuk memberikan kredit kepada pelanggan, bekalan wang dalam pasaran telah meningkat. Cara untuk meningkatkan bekalan wang adalah dengan menerima deposit daripada pelanggan yang mempunyai wang tambahan dan memberi kredit kepada pelanggan yang tidak mempunyai wang yang mencukupi. Oleh itu, penciptaan kredit adalah proses di mana deposit kecil menghasilkan bekalan wang yang lebih banyak dalam sistem ekonomi. Untuk membolehkan proses penciptaan wang berlaku, sistem perbankan perlu mematuhi peraturan tertantu yang ditetapkan iaitu kadar rizab yang diperlukan ditetapkan oleh bank pusat, semua rizab berlebihan dipinjamkan kepada pelanggan bank, semua pembelian barangan dilakukan dengan cek, jumlah rizab adalah dalam bentuk deposit semasa. Seterusnya, terdapat juga contoh penciptaan kredit iaitu kadar rizab yang diperlukan ditetapkan pada 10% daripada jumlah deposit (untuk semua bank), lebihan rizab diberikan sebagai pinjaman kepada pelanggan, tiada kebocoran dalam sistem perbankan, semua pembayaran dibuat melalui cek, dan deposit yang diterima ialah deposit semasa. Sistem perbankan mencipta wang dengan meminjamkan keluar deposit penyimpan. Bank meminjamkan rizab berlebihan melalui penciptaan akaun cek baru. Apabila cek ditulis pada akaun tersebut, deposit baru dicipta di bank lain. Pecahan daripada deposit baru tersebut
disimpan sebagai rizab wajib dan rizab berlebihan dipinjam keluar. Proses penciptaan kredit berjalan melalui proses gandaan deposit. Sistem perbankan mencipta kredit dengan meminjamkan keluar wang yang sama. Sebagai contoh, Encik A mempunyai wang tunai RM1000 dan dia memasukkan ke dalam akaun semasanya di Bank A. Jika nisbah rizab yang ditetapkan bank pusat 10%, maka RM100 akan dijadikan rizab manakala selebihnya (RM 900) akan dipinjamkan kepada pelanggan lain iaitu Encik B. Maka, Encik B akan menerima RM900, RM90 akan dijadikan rizab dan selebihnya iaitu RM810 akan dipinjamkan kepada Encik C. Dengan itu, Encik C akan menerima RM810, RM81 akan dijadikan rizab dan selebihnya iaitu RM729 akan dipinjamkan kepada pelanggan seterusnya. Proses penciptaan kredit ini akan berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh digunakan untuk mencipta kredit pinjaman. Ini bermakna proses penciptaan kredit

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture