Subsektor pemprosesan agro dan pembungkusan menambah nilai kepada industri

Subsektor pemprosesan agro dan pembungkusan menambah

This preview shows page 84 - 86 out of 136 pages.

Subsektor pemprosesan agro dan pembungkusan menambah nilai kepada industri agrikultur dan berasaskan pertanian di negeri ini. Salah satu projek utama SDC, Presint Perindustrian Agro Sabah (SAIP), kluster yang didedikasikan untuk pemprosesan agro bersepadu yang mana akan meningkatkan keupayaan industri berasaskan pertanian tempatan, terutamanya PKS tempatan dalam pemprosesan hiliran agro-makanan, dan tanaman khusus dan akhirnya industri agro-bio. SAIP menjangkakan untuk menjadi pusat kecemerlangan baru dalam agro-bioteknologi yang mengoptimumkan sumber asli yang banyak untuk menghasilkan makanan dengan nilai tambahan, kosmetik, agro- biofarmaseutikal dan produk khusus berasaskan botanikal, tumbuhan dan haiwan akuatik. SAIP juga bertindak sebagai tempat ujian bagi menjalankan usaha R&D, Pengkomersilan dan Inovasi (RDCI) dan untuk membangunkan inovasi yang dipacu ekosistem untuk menyokong usahawan asas tani. Tidak seperti taman sains dan teknologi (STP) di Malaysia, SAIP mempunyai platform yang sesuai untuk memupuk hubungan industri sains memberi tumpuan kepada Produk Asli Khusus (SNP), agro-bioteknologi dan produk makanan kesihatan. SAIP juga mempunyai Taman Halal yang khusus. Komponen teras SAIP ialah: Pentadbiran SAIP dan sokongan kompleks; Kompleks Inkubator agro- bioteknologi Bersepadu; Taman Pengetahuan; Zon Komersil dan Institusi; Ladang Kesihatan dan Plot Demo; Zon rizab bagi industri agro yang strategik; dan Kediaman/Apartment Servis Pelaburan yang dipromosikan termasuklah pengeluaran dan pemprosesan bahan-bahan farmaseutikal, penjagaan kesihatan dan makanan tambahan, makanan kesihatan dan berkhasiat, pati dan jus buah-buahan, bahan perasa dan makanan, produk selulosa, pati minyak, minyak wangi, produk herba dan marin, nutraseutikal, enzim industri, komestik dan peralatan mandian. SAIP memberikan penekanan yang lebih terhadap pembangunan pengetahuan modal perniagaan. Walaupun ia bertujuan untuk menyokong permulaan perniagaan dan PKS, SAIP juga mengalu- alukan pelabur asing. Ia juga memainkan peranan untuk membantu usahawan dalam membangunkan perniagaan mereka dengan memberikan sokongan incubator, perkhidmatan pengurusan, sokongan latihan, sokongan perniagaan disesuaikan, akses pasaran, dan akses kepada kemudahan perkongsian pejabat selain dari pemprosesan, pembungkusan, perkhidmatan pengendalian selepas penuaian dan logistik. Sebuah bangunan pentadbiran, kemudahan sokongan inkubator, kilang pemprosesan mini, sebuah makmal kultur tisu, kemudahan pembangunan produk dan plot nurseri dan demonstrasi telah tersedia. Di samping itu, bangunan Penyelidikan dan Kejuruteraan, kemudahan Pengendalian Selepas Penuaian, kemudahan Barisan Pengeluaran, kemudahan Persekitaran- Terkawal (CEF) dan bangunan Rumah Hijau Sampingan yang kesemuanya telah siap dibina pada tahun 2016. SAIP
Image of page 84
Kolaborasi Ke Arah Penarikan Pelaburan Berkualiti 85 MALAYSIA : LAPORAN PRESTASI PELABURAN 2016 kini beroperasi sepenuhnya.
Image of page 85
Image of page 86

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 136 pages?

  • Summer '17

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture