45 Kekangan Kajian Kajian ini di batasi oleh perkara perkara berikut i Kajian

45 kekangan kajian kajian ini di batasi oleh perkara

This preview shows page 29 - 31 out of 51 pages.

4.5 Kekangan Kajian Kajian ini di batasi oleh perkara-perkara berikut: i. Kajian ini berfokuskan kepada keberkesanan penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL. Kajian yang penyelidik lakukan hanyalah untuk melihat kemungkinan ciri-ciri maklumat diri responden iaitu jantina, umur, gred jawatan, kelulusan akademik tertinggi, peratus penggunaan ICT dan tahap kemahiran, pengetahuan, sikap dan minat terhadap ICT mempengaruhi keberkesanan penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL. ii. Kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat banyak faktor yang mempunyai hubungkait dengan penggunaan ICT, namun pengkaji terpaksa mengecilkan skop kajian dengan menghadkan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat memandangkan jangkamasa menjalankan kajian adalah singkat tempohnya. iii. Dalam menjalankan kajian, masalah yang dihadapi oleh penyelidik ialah halangan semasa proses pengumpulan data melalui borang soal selidik di
Image of page 29
30 mana penyelidik sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada responden. Kebanyakan daripada responden tersebut kurang memberi kerjasama di mana apabila penyelidik mengedarkan borang soal selidik, mereka tidak mengembalikan semula borang soal selidik itu dan ada juga segelintir daripada mereka mengabaikannya terus. BAHAGIAN 5 ANALISIS KAJIAN 5.1 Pengenalan Bahagian analisis kajian ini akan mempersembahkan data primer dan data sekunder yang telah dikumpulkan berdasarkan metodologi yang dinyatakan dalam Bahagian 4 laporan ini. Data primer melibatkan data dan maklumat daripada 77 orang responden yang diperolehi hasil daripada edaran soal selidik di organisasi kajian. Bilangan kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan DBKL adalah seramai 1700 orang. Soal selidik telah diedarkan sebanyak 150 set soalan tetapi disebabkan kekangan kajian, hasil pulangan hanyalah sebanyak 77 set sahaja. Terdapat ahli statistik bersetuju bahawa 30 orang responden adalah bilanagan minimum yang diperlukan untuk menjalankan analisis kajian dan statistik yang bermakna (Bailey, 1987). Maka dengan itu, justifikasi ini menjelaskan responden kajian yang berjumlah 77 orang seperti yang dinyatakan adalah memadai dan boleh diterimapakai. 5.2 Analisis Data Sekunder Data sekunder merupakan maklumat atau bahan terbitan yang dikumpul oleh individu atau penyelidik lain dan bukannya penyelidik yang sedang melakukan kajian itu kini. Laporan Teknologi Maklumat Global (GITR) yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), Malaysia menduduki tangga ke-29 di kalangan 142 ekonomi dunia, kelapan bagi 22 ekonomi Asia Pasifik dan kedua di Asean. Hal ini menunjukkan kesediaan Malaysia memanfaatkan kemudahan ICT secara menyeluruh (Harian Metro, 24 Disember 2012). Menjelang tahun 2020, Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang maju dalam teknologi ICT di mana kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program mengenai ICT yang bertujuan untuk memberi faedah dan manfaat kepada Malaysia.
Image of page 30
Image of page 31

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 51 pages?

  • Fall '13

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes