Proses pembandaran juga berlaku apabila perluasan saiz bandar dengan penambahan

Proses pembandaran juga berlaku apabila perluasan

This preview shows page 32 - 35 out of 109 pages.

memangkinkan perkembangan wilayah pembandaran. Proses pembandaran juga berlaku apabila perluasan saiz bandar dengan penambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkata system dan jaringan pengangkutan serta pertambahan fungsi dan kepentingan bandar. Proses pembandaran juga berlaku dari perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasan, iaitu daripada ekonomi tradisional (pertanian) kepada ekonomi moden. Perubahan cara hidup daripada tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden. Di Malaysia, senario pembandaran boleh dikategorikan kepada dua tingkat perubahan iaitu sebelum dan selepas tahun 1970. Kategori pertama merupakan tempoh selepas Perang Dunia Kedua hingga merdeka (1947-57) yang mempunyai kadar purata
Image of page 32
15 penduduk bandar adalah 6.2 peratus setahun. Sementara pembandaran bagi kategori kedua adalah selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971 merangkumi dasar perindustrian, pembangunan pertanian dan pembandaran negara yang mempunyai kesan langsung terhadap kadar pertumbuhan penduduk bandar (Katiman, 2001). 2.5 Harta tanah Harta tanah terbahagi kepada harta tanah kediaman (residential) dan harta tanah bukan kediaman (non-residential). Harta tanah kediaman terdiri daripada pangsapuri, harta tanah kediaman setingkat, dan harta tanah kediaman bertingkat. Manakala, harta tanah bukan kediaman terdiri daripada harta tanah komersial, industry, hotel, dan harta tanah untuk tujaun Khas (Fisher& Martin, 1995). Menurut Wieder dan Goeters (2003), kegunaaan harta tanah boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu: i) Single-family residential ii) Multi-family residential iii) Komersial ( commercial ) iv) Industri ( Industiral ) 2.6 Harta tanah komersial Menurut Hishamuddin (1998), harta tanah komersial dirumuskan sebagai harta yang digunakan untuk menjalankan kegiatan perdagangan bagi tujuan memperoleh keuntungan gseperti perhotelan, perniagaan runcit dan sebagainya. Ia juga merupakan harta yang bakal menjana pendapatan kepada pemiliknya sama ada dalam bentuk peningkatan model ataupun pendapatan sewa. Menurut Hamson (2016), harta tanah komersial merupakan salah satu daripada tiga komponen utama dalam jenis harta tanah. Harta tanah komersial merujuk kepada apa-apa jenis harta tanah yang mampu menjana pendapatan. Dari sudut pelaburan, harta tanah komersial merangkumi semua jenis harta termasuk tanah yang berpotensi untuk memberi keuntungan. Manakala, dari sudut pandangan perniagaan, harta tanah komersial adalah mana-mana ruang pejabat, runcit dan lain-lain yang boleh digunakan
Image of page 33
16 untuk tujuan perniagaan (Hamson, 2016). Antara jenis- jenis harta tanah di Malaysia ialah: i) Kedai (Shop) -Tempat menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan. Kebiasaannya, melibatkan bangunan dua tingkat (contohnya deretan rumah kedai). ii) Perkhidmatan Suite -Terletak di bandar-bandar besar dan mempunyai pelbagai fasiliti seperti pusat membeli belah dan sebagainya.
Image of page 34
Image of page 35

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 109 pages?

  • Fall '13

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes