Di dalam sektor harta tanah antara jenis cukai yang terlibat secara langsung

Di dalam sektor harta tanah antara jenis cukai yang

This preview shows page 2 - 4 out of 11 pages.

Di dalam sektor harta tanah, antara jenis cukai yang terlibat secara langsung adalah
Image of page 2
Bachelor’s Degree Project (BDP) seperti duti setem, cukai keuntungan harta tanah, cukai taksiran atau cukai pintu, cukai majlis dan cukai harta pusaka. Menurut Pawi, S. (2013), penguatkuasaan cukai dalam konteks hartanah adalah bertujuan sebagai alat penggerak kepada kemajuan sesebuah kawasan yang ditadbir oleh PBT. 2.3 Duti setem 2.3.1 Definisi duti setem Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan duti setem sebagai duti yang dikenakan pada dokumen seperti surat perjanjian, dokumen pindah hak milik dan lain-lain yang bayar dengan membeli dan mematikan setem. Menurut Saporta V. dan Kan K. (1997), duti setem adalah cukai ke atas perubahan pemilikan, yang mesti didaftarkan di United Kingdom, manakala menurut Alm J., Annez P. dan Modi A. (2004), duti setem adalah cukai ke atas nilai instrumen yang digunakan dalam pelbagai urus niaga perniagaan. 2.3.2 Jenis duti i) Duti Ad Valorem Duti dikenakan berdasarkan balasan dinyatakan dalam dokumen atau surat cara nilai pasaran Contoh surat cara adalah seperti surat cara pindah milik harta tanah, pindah milik saham, perjanjian pindah milik perniagaan, perjanjian sewa, perjanjian pinjaman dan sebagainya. ii) Duti Tetap Duti dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara. Contoh surat cara adalah surat kuasa wakil, perkara-perkara persatuan bagi syarikat, nota janji hutang, polisi insurans, surat cara pendua dan sebagainya. 2.3.3 Pengiraan duti setem di Malaysia Duti setem dikira mengikut jumlah harga sesebuah harta. Berikut adalah formula mengira duti setem di Malaysia berkuatkuasa bermula 1 Januari 2019:- RM100, 000 pertama = 1% RM100, 001-RM500, 000 = 2% RM500, 001-RM1, 000, 001 = 3% RM1, 000, 001 dan seterusnya = 4% Dengan menggunakan formula ini, jika sesebuah harta itu bernilai RM300, 000, maka duti setem yang akan dikenakan adalah RM5,000. 2.4 Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 2.4.1 Definisi CKHT Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), CKHT adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah seperti rumah, bangunan komersil, ladang dan tanah kosong. Secara ringkasnya, CKHT adalah cukai yang dikenakan kepada seseorang individu ke atas keuntungan bersih apabila individu tersebut menjual harta tanahnya. 2.4.2 Orang yang boleh dikenakan CKHT Menurut Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (Akta 169), orang yang boleh dikenakan CKHT adalah tertakluk kepada Akta itu di mana tiap-tiap orang sama ada bermastautin atau tidak di Malaysia bagi sesuatu tahun taksiran boleh dikenakan cukai berkenaan dengan keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru kepadanya dalam tahun itu atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai. 2.4.3 Pengecualian CKHT Di dalam Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (Akta 169), sekyen 9 (3), menteri boleh dengan perintah statut mengecualikan mana- mana golongan orang daripada semua atau mana-mana daripada peruntukan Akta ini.
Image of page 3
Image of page 4

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 11 pages?

  • Fall '13

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture