Blok konkrit bercantum ini adalah digunakan secara meluas di tebing tebing

Blok konkrit bercantum ini adalah digunakan secara

This preview shows page 55 - 57 out of 86 pages.

Blok konkrit bercantum ini adalah digunakan secara meluas di tebing-tebing sungai di bandar-bandar dan kawasan rekreasi. Blok- blok konkrit tersebut ada daripadanya dibina ruang-ruang kosong di setiap blok untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh didalamnya dan seterusnya membuatkan lapis- lindung ini lebih mesra alam. Pada amnya, konsep lapis-lindung menggunakan kaedah blok konkrit bercantum ini tidak boleh diguna pakai kepada tebing yang kecerunannya melebihi 1 : 2 ( 2 mendatar, 1 menegak ). Kecerunan yang sesuai adalah kecerunan yang landai daripada 1: 1.5. Keburukan yang ada pada lapis-lindung jenis ini adalah ianya mudah rosak akibat daripada jentera- jentera berat yang menjalankan kerja- kerja penyelenggaraan sungai. Penggantian blok ataupun pembaikian blok amat payah untuk dilakukan terutama sekali di dalam air. Kerja-kerja pemasangan yang tidak cermat pula akan mengakibatkan kekoyakkan kepada ‘geotextile’ yang dipasang di bawah lapis-lindung ini yang seterusnya mengakibatkan hakisan kaut (scouring) tanah-tanah dibelakang lapis-lindung ini. Fenomena ini akan mengakibatkan keruntuhan kepada lapis-lindung ini. 4.3.4 Lapisan Geotekstil Berisi Bahan Berbutir (sand filled tubular mattress) ‘Tubular mattress’ merupakan salah satu sistem perlindungan hakisan tebing yang mudah lentur dimana sua lapisan geotekstil diisi dengan bahan yang berbutir yang ada di kawasan tempatan. Secara umum, bahan permukaan ‘tubular mattress’ dibuat daripada bahan yang dicucuk secara jarum (needle-punched) ke dalam geotekstil bertenun (woven geotextile) untuk menjadi satu komposit. Bahan ini telah distabilkan untuk menahan sinaran U.V. dan diberi warna hijau supaya berpadu dengan tumbuh-tumbuhan persekitaran. Tubular mattress berkemampuan untuk menangkap benih-benih rumput dan menggalakkan penumbuhannya dengan pesat. Ini akan menjadikan sistem ini sangat mesra dengan alam persekitaran.
Image of page 55
4-5 Kerja penyelidikan untuk ‘mattress’ ini adalah terhad. Secara umum, halaju maksima yang disyorkan tidak melebihi 3 meter sesaat. ‘Tubular mattress’ terdedah kepada laku musnah dan degradasi U.V. jangka panjang sebelum ‘mattress’ dilindungi oleh rumput. Lapisan atas akan menghilangkan lebih kurang 20% kekuatan tegangan jalur (strip tensile strength) selepas terdedah sinaran matahari selama 6 bulan. ‘Mattress’ ini juga boleh dirosakkan oleh mesin pengorek semasa kerja penyelenggaraan sungai dijalankan. Kerosakan ‘mattress’ mudah diperbaiki di atas paras air akan tetapi sukar diperbaiki di bawah paras air. 4.3.5 Gabion Gabion terdiri daripada kotak jaringan dawai multisel empat segi yang diisi dengan batu-bata. Gabion sesuai dipakai dimana batu-bata yang ada terlalu kecil untuk digunakan sebagai tebing batu (rip-rap). Mattress gabion biasanya lebih lentur dan masih mengekalkan fungsinya sekiranya asasnya mendap.
Image of page 56
Image of page 57

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 86 pages?

  • Summer '16
  • STUDENT

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture