Sikap toleransi yang lebih menarik lagi ditonjolkan oleh pemerintah Islam yang

Sikap toleransi yang lebih menarik lagi ditonjolkan

This preview shows page 18 - 20 out of 28 pages.

Sikap toleransi yang lebih menarik lagi ditonjolkan oleh pemerintah Islam yang membuka beberapa kawasan seperti Mesir apabila mengekalkan pegawai-pegawai bukan Islam di jabatan masing-masing. Di antara mereka ialah Minas yang sebelum itu dilantik oleh Heraclius sebagai pegawai di kawasan sebelah utara Mesir (Zaydan, 1982). Athnasius merupakan kalangan individu bukan Islam yang terkenal di Mesir sewaktu pemerintahan Bani Umaiyyah, yang bekerja di beberapa jabatan kerajaan sehingga ke peringkat pengarah kepada jabatan-jabatan kerajaan di Iskandariyyah. Budaya melantik bukan Islam ke dalam jawatan kerajaan telah menjadi kebiasaan kepada pemerintah Bani Umaiyyah sehingga boleh dikatakan jarang didapati jabatan yang tiada pekerja dari kalangan orang Kristian (Mat Saad, 1995). Khalifah c Abd. al-Malik bin Marwān (65-86H/685-705M) telah menyerahkan tugas mengeluarkan wang dirham semasa pemerintahannya kepada seorang pembantunya yang bernama Samīr al-Yahūdī yang berketurunan dan beragama Yahudi (Sadiq Afifi, 1980). Artkl 4.indd 69 12/10/2011 9:12:52 AM
Image of page 18

Subscribe to view the full document.

70 Esteem Academic Journal Zaman Kerajaan c Abbasiyyah Pada zaman kerajaan c Abbāsiyyah juga menyaksikan golongan bukan Islam yang dilibatkan oleh khalifah secara langsung di dalam pentadbiran dalam urusan yang lebih luas. Disebabkan sikap yang agak terbuka ini, ramai di antara orang Kristian yang memegang beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan. Khalifah Abū Ja c far al-Mansūr di antara pemerintah Islam yang menerima khidmat ahl al-Dhimmah . Di antaranya al-Khasīb sebagai doktor peribadi beliau yang beragama Kristian. Kemudiannya diganti oleh Jarjis bin Bakhtishu c dan selepas itu Jarjis meninggalkan muridnya yang bernama c Isā bin Shahlathā. Kebebasan yang diberikan oleh al- Mansūr kepada beliau digunakan bagi mencampuri urusan kabilah Nestorian sehingga menguasainya termasuk pengurusan cukai kharaj. Di luar istana khalifah, pegawai-pegawai kharaj kebanyakannya terdiri daripada golongan ahl al-Dhimmah . Antara mereka ialah Mūsā al-Yahudi yang dilantik sebagai pegawai kewangan di kawasan al-Sawād . Khalifah juga mewakilkan kepada mereka hak untuk merampas harta Bani Umaiyyah sehingga mereka bertindak dengan penuh berani (Shakir Mustafa, t.th.). Golongan bukan Islam di zaman ini juga terlibat di dalam bidang perubatan dan astronomi selain daripada pengurusan kharaj dan kesetiausahaan. Teofil bin Tūmā, seorang yang beragama Kristian menjadi ketua pakar astronomi al-Mahdī. Harūn al-Rashīd melantik Yuhanna bin Masaweh sebagai penterjemah kitab-kitab perubatan kuno dan khidmat beliau berterusan sehingga ke zaman al-Mutawakkil. Khalifah al-Rashīd juga melantik kalangan bukan Islam sebagai anggota penterjemah di Bait al-Hikmah seperti Yuhanna bin Māsarjis, Abū Zaid Hunayn bin Ishāq al- c Ubādī, anaknya Ishāq dan Hubaysh al- c Asam al- Dimashqī (Shakir Mustafa, t.th.).
Image of page 19
Image of page 20
  • Spring '19

What students are saying

  • Left Quote Icon

    As a current student on this bumpy collegiate pathway, I stumbled upon Course Hero, where I can find study resources for nearly all my courses, get online help from tutors 24/7, and even share my old projects, papers, and lecture notes with other students.

    Student Picture

    Kiran Temple University Fox School of Business ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    I cannot even describe how much Course Hero helped me this summer. It’s truly become something I can always rely on and help me. In the end, I was not only able to survive summer classes, but I was able to thrive thanks to Course Hero.

    Student Picture

    Dana University of Pennsylvania ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    The ability to access any university’s resources through Course Hero proved invaluable in my case. I was behind on Tulane coursework and actually used UCLA’s materials to help me move forward and get everything together on time.

    Student Picture

    Jill Tulane University ‘16, Course Hero Intern

Ask Expert Tutors You can ask 0 bonus questions You can ask 0 questions (0 expire soon) You can ask 0 questions (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes