UNESCO 2015 telah menggariskan tiga dimensi konsep utama Pendidikan

Unesco 2015 telah menggariskan tiga dimensi konsep

This preview shows page 7 - 9 out of 13 pages.

UNESCO (2015) telah menggariskan tiga dimensi konsep utama Pendidikan Kewarganegaraan Global iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkahlaku. Melalui pendidikan, dimensi kognitif adalah untuk memperoleh pengetahuan dan menggunakan kemahiran berfikir untuk memahami dunia dan masalahnya. Dimensi sosio-emosi pula dibina berteraskan nilai, sikap dan minda agar masyarakat hidup aman, hormat menghormati perbezaan dan kepelbagaian satu sama lain. Dimensi tingkahlaku pula adalah bertindak secara efektif dan bertanggungjawab sama ada di peringkat tempatan, nasional dan global untuk memastikan dunia yang lebih aman dan lestari. Ketiga-tiga dimensi yang saling berkait rapat ini dapat memberikan faedah kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam sekitar. Dunia tanpa sempadan membolehkan kita memperoleh dan berkongsi segala maklumat di hujung jari dengan kos yang paling mudah di mana jua kita berada. Melalui dimensi kognitif, maklumat dan ilmu pengetahuan tentang isu pemanasan global dapat dicapai dengan mudah dan dikongsi seluruh dunia melalui penggunaan internet dan komputer. Sebagaimana yang kita ketahui, 5
Image of page 7
isu pemanasan global adalah isu sejagat. Perkongsian buah fikiran dan penyebaran maklumat yang luas tentang isu tersebut akan menggalakkan perkongsian teknologi bagi membolehkan kita mendapat solusi dan langkah intervensi yang terbaik dalam mengatasi isu ini. Selain itu, kemahiran berfikir kita dapat dirangsang apabila berfikir dengan mendalam dalam isu ini seperti kenapa, bagaimana, di mana dan lain-lain persolan dalam isu tersebut. Sudah lumrah kepada manusia, apabila berhadapan dengan masalah, mereka akan berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut tidak kira besar atau kecil masalah itu. Daripada pemikiran itu, mengaitkan sosio-emosi yang memerlukan kita mengambil berat dan rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang dihadapi. Melalui dimensi sosio-emosi, semua orang mengambil bahagian tanpa mengira kaum, umur dan fahaman untuk mengatasi isu ini. Setiap individu hendaklah bertanggungjawab dan mempunyai rasa kepunyaan terhadap dunia untuk menjadikan dunia lebih baik. Sikap bertanggungjawab bukanlah nilai yang perlu dipaksa malah ia perlu dilahirkan dengan ikhlas untuk menunjukkan betapa kita menyayangi dan mengelakkan bumi dari kemusnahan pemanasan global. Perasaan empati yang dilahirkan oleh semua individu akan mewujudkan masyarakat yang aman dan bertoleransi serta bekerjasama dalam mengatasi isu pemanasan global. Bertitik tolak dari rasa tanggungjawab tersebut, tindakan kita dalam mengatasi isu tersebut akan mempengaruhi tingkahlaku kita. Melalui dimensi tingkahlaku, kita bertindak secara efektif dan pantas dalam menangani isu pemanasan global. Tingkahlaku kita akan dipengaruhi oleh melalui peranan yang kita mainkan dalam mengatasi masalah pemanasan global, Pemanasan global adalah isu yang disebabkan oleh kita. Oleh itu, peranan utama kita adalah mendidik diri kita dengan tindakan yang betul ketika berada di rumah. Didiklah anak di awal usia mereka untuk sama-sama mengatasi isu ini.
Image of page 8
Image of page 9

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture