utama dalam usaha mempertingkatkan penyertaan anak-anak Orang Asli dalam
pendidikan asas serta memulihara identiti dan memperkasakan intelektualisme
masyarakat Orang Asli. Sehubungan itu, tujuan utama kajian reka bentuk dan
pembangunan ini adalah untuk membangun model
homeschooling
berasaskan nilai dan
amalan masyarakat bagi kanak-kanak Orang Asli di Malaysia mengikut pandangan
pakar.

Objektif Kajian
Kajian ini mengambil penyelidikan pembangunan (Richey, 1997; Richey & Klien,
2014) yang merupakan satu bentuk penyelidikan yang berasaskan reka bentuk untuk
menghasilkan pengetahuan dalam konteks tertentu dan menyelesaikan keperluan atau
permasalahan (Richey, 1997; Wang & Hanafin, 2005). Bentuk penyelidikan ini
digunakan untuk menghasilkan pengetahuan melalui model dan prinsip selepas diproses
analisis, reka bentuk dan pembangunan, pelaksanaan dan pengujian (Mckenny & Van
de Akker, 2005; Richey, 1997; Richey, Klien & Nelson, 2004; Richey & Klien, 2014;
Wang & Hanafin, 2005; Norlidah Alias, Saedah Siraj, Mohd Nazri Abdul Rahman &
Dorothy Dewitt, 2013).
Objektif kajian ini bertujuan untuk membangunkan model
homeschooling
bagi
kanak-kanak Orang Asli berpaksikan kepada dimensi pembangunan nilai dalam usaha


You've reached the end of your free preview.
Want to read all 4 pages?
- Summer '17
- Iking