BAHAGIAN C
4.0
MANAFAAT GCED KEPADA MASYARAKAT DALAM ISU PENCEMARAN
GCED atau Pendidikan Kewarganegaraan Global adalah jenis ilmu
kewarganegaraan yang melibatkan partisipasi aktif pelajar dalam isu berkaitan dengan
sosial, politik, ekonomi dan lingkungan global.
Pendidikan berkaitan alam sekitar sangat penting bagi meningkatkan
kesedaran generasi muda khususnya terhadap penjagaan dan pengekalan kualiti alam
sekitar.
Pendidikan kewarganegaraan ini tujuannya adalah untuk membina komitmen
dan tanggungjawab sosial yang berteraskan pandangan holistik tentang hubungan
manusia dan alamnya.
Arus pembangunan kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
telah mencetuskan pelbagai situasi.
Pembangunan pesat sektor ekonomi dan
perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang
selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia.
Namun begitu
disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah
sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.
Pencemaran plastik
adalah satu pencemaran yang semakin serius.
Berdasarkan dokumen Perundingan Teknikal mengenai Pendidikan
Kewarganegaraan Global 2013, GCED merupakan satu transformatif,
memberikan
P a g e
|
9

OUMH1603
pelajar peluang dan kecekapan untuk menyedari hak dan kewajipan mereka untuk
membangunkan dunia yang lebih baik pada masa hadapan.
Selain itu, GCED turut
menumpukan kepada pembelajaran melalui proses pembelajaran transformat seperti
hak asasi manusia, pemahaman antara bangsa dan antara budaya, pembangunan lestari
dan juga pendidikan untuk keamanan.
Maka, berdasarkan definisi di atas, GCED
memperkasa pelajar untuk berfikir, berkongsi dan bertindak demi dunia yang lebih
adil, aman dan lestari.
Oleh itu pendidikan kewarganegaraan Global ini mampu mendidik dan
memupuk sifat murni untuk mengelakkan terjadinya pencemaran plastik.
3 dimensi
konseptual utama iaitu kognitif, sosioemosi dan tingkahlaku merupakan komponen
utama dalam memastikan objektif dan matlamat GCED ini dapt mengawal
pencemaran plastik di dunia khususnya.
4.1
CADANGAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU-ISU ALAM SEKITAR
KHUSUSNYA PENCEMARAN PLASTIK
Beberapa langkah-langkah yang telah difikirkan dan dilaksanakan oleh kerajaan untuk
menangani masalah pencemaran plastik.
Salah satu ialah kempen penggunaan bekas dan
penggunaan bakul ketika membeli belah.
Kempen ini telah dilaksanakan di setiap pasaraya
dimana mereka tidak lagi membekalkan plastik tetapi menggalakkan pengguna untuk
membawa bakul sendiri.
Pendidikan di sekolah juga boleh dimanafaatkan untuk memberi pendidikan kepada
anak-anak tentang bahayanya pencemaran plastik.
Melalui pendedahan mata pelajaran alam
sekitar merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mendidik masyarakat sama
ada secara formal ataupun tidak supaya alam sekitar akan terus terpelihara dan
berkekalan,
(Rahman, 2017).
Pendidikan yang berkaitan dengan alam sekitar sangat penting untuk
meningkatkan kesedaran semua orang terhadap tanggung jawab masing-masing untuk
menjaga alam sekitar.
