Tarian mengambarkan tahap cinta kepada kebudayaan seseorang masyarakat tersebut

Tarian mengambarkan tahap cinta kepada kebudayaan

This preview shows page 12 - 14 out of 42 pages.

Tarian mengambarkan tahap cinta kepada kebudayaan seseorang masyarakat tersebut. Tarian etnik melayu dan etnik etnik lain adalah sangat berlainan. Antaranya ialah Tarian Inang memberi pengertian sebagai pengasuh tetapi tarian Inang juga disebut Tarian Mak Inang yang dicipta pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Lagu Mak Inang yang khusus telah dicipta bagi mengiringi tarian ini dengan perintah Sultan Mahmud Syah . Tarian ini dipersembahkan di hadapan sultan semasa majlis keramaian. Tariannya sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai ditarikan di istana. Pada zaman dulu, tarian Inang ini ditarikan oleh perempuan sahaja tetapi apabila telah mengikut keperluan dan peredaran zaman, persembahan tarian Inang telah ditarikan berpasangan lelaki dan perempuan. Jumlah pasangan yang selalu dipersembahkan selalunya antara 4 hingga 6 pasangan, namun ianya juga boleh disesuaikan mengikut keluasan pentas. Jika dahulu tarian ini ditarikan di istana, namun sekarang ianya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Alat muzik yang digunakan untuk tarian Inang ialah Gong, Akordian , Violin, Gendang dan Rebana. Tempo lagu tarian Inang bercorak sederhana dan tidak perlahan seperti tarian Asli tetapi turut diselangi dengan paluan Gong. Namun terdapat juga tempo lagu Inang yang pantas kerana pengaruh cina lalu terciptalah tarian Inang Cina. Contoh lagu inang ialah Selendang Mak Inang, Inang Pulau Kampai dan Inang kampong. Seterusnya, Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar.[1]Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka.Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang mengambil nama daripada perkataan “wrong gang” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.
Image of page 12
Akhir sekali, Permainan kuda kepang ialah tarian pahlawan berkuda yang merupakan kesenian yang berasal dari Jawa, Indonesia. Asal mula kesenian ini adalah bentuk dukungan rakyat atas perjuangan para Pahlawan dalam mengusir penjajah Pulau Jawa yang menindas rakyat di jawa. Kemudian kesenian ini menyebar dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Selain itu, tarian ini juga menjadi kebanggaan masyarakat Jawa di ketiga-
Image of page 13
Image of page 14

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 42 pages?

  • Spring '19

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture