4.
Kawalan
Apabila
aktiviti
koperasi
menjadi
semakin
kompleks dan pekerja semakin ramai, timbulnya
keperluan
kepada
kawalan
yang
jelas
bagi
memantau urus niaga yang dijalankan. Maka,
wujud sistem untuk mengawal urus niaga yang
berlaku. Pihak audit luar dan audit dalam juga turut
berfungsi sebagai
watchdog
atau agen pemantau
perjalanan
perniagaan
dengan
mengambil
kira kepentingan anggota
selain pemantauan
berterusan daripada ALK sendiri.
5.
Kerjasama
Apabila koperasi semakin berkembang dari segi
bilangan anggota dan pekerja, semakin banyak
idea dan bakat yang wujud dalam koperasi.
Namun, jika tidak diuruskan dengan sewajarnya,
kelebihan yang ada ini tidak akan memberi nilai
tambah malahan menjadi liabiliti pula kepada
koperasi apabila pekerja saling berbalah untuk
mendahulukan
idea
masing-masing.
Maka,
perlunya kemahiran pengurusan perubahan bagi
memastikan idea pekerja sentiasa berkembang
dan seterusnya menghasilkan sinergi dalam idea
yang diutarakan oleh pekerja-pekerja.
Elemen Penting dalam Menangani Perubahan
Perubahan
dalam
organisasi
perlu
didorong
oleh beberapa faktor penting untuk memastikan
kejayaannya.
Terdapat
pelbagai
faktor
yang
mendorong kepada perubahan koperasi. Namun,
artikel ini menumpukan kepada empat faktor
utama sahaja. Faktor-faktor yang dimaksudkan
ialah
i) kepimpinan, ii) persekitaran, iii) struktur
organisasi dan iv) budaya.

Subscribe to view the full document.
48
DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41
1.
Kepimpinan
Ramai pemimpin yang cuba untuk membawa
perubahan
dalam
organisasi
masing-masing.
Namun tidak ramai yang benar-benar berjaya
dalam menguruskan perubahan yang akhirnya
membawa
kesan
positif
kepada
organisasi.
Kehendak
atau
keperluan
untuk
perubahan
semata-mata tidak dapat menjanjikan sesuatu
perubahan dalam organisasi itu akan berjaya.
Kepimpinan merupakan antara elemen terpenting
dalam menggerakkan sesuatu perubahan dalam
organisasi. Elemen ini jugalah yang menentukan
sesuatu perubahan yang bakal dilaksanakan itu
berjaya atau tidak.
Untuk
memimpin
sesuatu
perubahan
dalam
organisasi, pekerja memerlukan lebih dari sekadar
arahan untuk melaksanakan perubahan. Arahan
mestilah
jelas
dan
menggambarkan
manfaat
kepada organisasi dan pekerja khususnya jika
perubahan dilaksanakan. Ini kerana agak sukar
bagi
kakitangan
untuk
membuat
perubahan
sekiranya mereka sendiri tidak jelas ke mana arah
perubahan yang ingin dilaksanakan. Dalam hal
ini, kisah mengenai perubahan bagi organisasi
yang berjaya seperti Apple Inc, Dell, Air Asia, Bank
Rakyat dan lain-lain boleh digambarkan kepada
pekerja agar hasrat untuk organisasi melaksanakan
perubahan lebih mudah difahami, dirasai dan
dihayati oleh pekerja. Seterusnya, keadaan ini akan
mendorong mereka membayangkan keperluan
perubahan yang dirangka oleh pihak atasan serta
impaknya kepada mereka dan organisasi secara
keseluruhannya yang akan mendorong mereka
sama-sama membantu dalam proses berubah.


- Fall '19
- Prof. Madya Dr. Norhayati Binti Daud