11788639.pdf

Menurut best dan kahn 1998 soal selidik yang dibentuk

This preview shows page 17 - 19 out of 34 pages.

Menurut Best dan Kahn (1998), soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik perlu diuji bagi mengekalkan kualiti seterusnya membantu mencapai objektif penyelidikan. Menurut Mohd Majid Konting (1994), hanya item yang menunjukkan pekali Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sahaja yang akan digunakan. Penyelidik telah membuat kajian rintis terhadap 10 orang pelajar empat SPA Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Setelah kajian rintis dibuat, penyelidik telah 51 menilai kembali setiap item yang terdapat dalam soal selidik itu. Data yang diperolehi dari kajian rintis ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15 for Windows . Setelah analisis dibuat, nilai pekali Alpha yang diperolehi bagi item soalan bahagian B ialah 0.876 dan bahagian C, Ujian Personaliti Kreativiti menunjukkan majoriti responden berada pada tahap kreatif. Ini menunjukkan soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk membuat kajian sebenar. 6. Kesahan Instrumen Kesahan adalah merujuk kepada „menguji apa yang ingin diukur‟ (Mohd Najib, 2003). Dalam Mohd Najib (1999) pula kesahan membawa maksud data yang diperolehi melambangkan apa yang ingin diukur. Dalam menentukan kesahan kandungan instrumen, soal selidik perlu mendapatkan kesahan daripada pakar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kreativiti dan Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk dinilai. Pengesahan item persoalan ini merangkumi dari aspek ketepatan, kesesuaian istilah dan struktur ayat supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan salah tafsiran. 7. Kebolehpercayaan Instrumen Kebolehpercayaan adalah merujuk kepada konsistensi responden memberi jawapan (Mohd Najib, 2003). Kajian rintis yang dijalankan adalah bertujuan untuk menguji item dari segi bahasa dan untuk mendapatkan darjah kepercayaan dalam mengukur ketepatan dan ketekalan instrumen. Manakala saiz sampel bagi kajian rintis pula, tidak perlulah besar tetapi memadai bagi memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian.
Image of page 17

Subscribe to view the full document.

Yahaya Buntat, & Noor Sharliana Mat Nasir /Journal Educational Psychology and Counseling (2011) 192 Dalam menguji kebolehpercayaan instrumen kajian, terdapat beberapa model kepercayaan yang boleh digunakan. Di antara model-model tersebut adalah Model Guttman, Model Split-Half, Model Strict Parallel, Model Parellel dan Model Alpha (Mohd Salleh dan Zaidatun, 2001). Walau bagaimanapun dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan Model Alpha Cronbach bagi menguji kebolehpercayaan instrumen kajian. Menurut Azizi et al. (2007), kebolehpercayaan boleh berjarak daripada sifar (tidak ada kebolehpercayaan) kepada satu kebolehpercayaan tepat. Kebolehpercayaan yang rendah menunjukkan terdapatnya ketidaktekalan markah dari masa ke semasa. Manakala, kebolehpercayaan yang tinggi menunjukkan yang setiap responden yang sama akan mendapat skor yang hampir sama setiap kali pengukuran dibuat. Justeru itu, dapatan data yang diperoleh hasil dari kajian rintis ini akan dianalisis bagi mengenalpasti nilai kebolehpercayaannya. Oleh itu, bagi keseluruhan item bahagian B menunjukkan nilai Alpha Cronbach (α) yang diperolehi ialah 0.876.
Image of page 18
Image of page 19
  • Fall '19

{[ snackBarMessage ]}

What students are saying

  • Left Quote Icon

    As a current student on this bumpy collegiate pathway, I stumbled upon Course Hero, where I can find study resources for nearly all my courses, get online help from tutors 24/7, and even share my old projects, papers, and lecture notes with other students.

    Student Picture

    Kiran Temple University Fox School of Business ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    I cannot even describe how much Course Hero helped me this summer. It’s truly become something I can always rely on and help me. In the end, I was not only able to survive summer classes, but I was able to thrive thanks to Course Hero.

    Student Picture

    Dana University of Pennsylvania ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    The ability to access any university’s resources through Course Hero proved invaluable in my case. I was behind on Tulane coursework and actually used UCLA’s materials to help me move forward and get everything together on time.

    Student Picture

    Jill Tulane University ‘16, Course Hero Intern