Sistem pengangkutan yang bersepadu dapat dilihat di beberapa negara contohnya

Sistem pengangkutan yang bersepadu dapat dilihat di

This preview shows page 4 - 6 out of 7 pages.

perkhidmatan teksi atau bas untuk ke destinasi yang berdekatan. Sistem pengangkutan yang bersepadu dapat dilihat di beberapa negara contohnya Australia, Tokyo, Amerika Syarikat dan Singapura. Pengangkutan awam menjadi asas dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi. Mahaizura Abd Malik (2017) menulis “penyelidik di Pusat Penyelidikan Pengangkutan berkata walaupun banyak penambahbaikkan pengangkutan dilakukan pada masa ini, namun masih banyak ruang untuk mempertingkatkan lagi jaringan berkenaan supaya lebih mampan”. Perkembangan ekonomi Singapura yang mampan telah berjaya menghasilkan sistem perkhidmatan yang termoden dalam usaha memberi keselesaan kepada perkhidmatan. Mior Amran Noor (2013) menulis “Pengangkutan awam yang utama di Singapura adalah bas, Mass Rapit Transit (MRT) dan teksi. Perkhidmatan bas merupakan satu-satunya pengangkutan awam yang dapat menghubungkan setiap tempat
Image of page 4
di Singapura manakala perkhidmatan MRT pula menawarkan ketepatan masa dan keselesaan kepada para pengguna.”. Malaysia seharusnya mengambil contoh dengan melihat negara-negara maju dalam usaha memperbaiki rangkaian pengangkutan awam agar perkhidmatan ini dapat digunakan secara maksimum oleh rakyat Malaysia. 2.3 FAKTOR CUACA DAN PENYELESAIANNYA Selain daripada faktor pengurusan, harus kita sedari bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang berada di tengah-tengah garis khatulistiwa. Cuaca memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti harian penduduk Malaysia. Hujan lebat dan ribut petir sering meninmbulkan pelbagai masalah antaranya kemalangan jalan raya, perjalanan lalu lintas perlahan, gangguan bekalan elektrik dan sebagainya. Gangguan-gangguan ini seterusnya mendorong kepada kesesakan di waktu puncak. Punca perkhidmatan tren sering terganggu diwaktu hujan ialah sumber tenaga elektrik tidak mencukupi dan lokasi suis utama rendah. Petikan daripada akhbar Mstar (2016) menyatakan “bekalan elektrik terputus di aliran Kelana Jaya dari masjid Jamek ke Ampang Park menyebabkan pengguna perkhidmatan itu lewat untuk ke tempat kerja”. Langkah penyelesaian bagi masalah ini harus diambil bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang supaya orang ramai tidak menjadi mangsa keadaan. Mohd Iskandar Ibrahim, Nadia Hamid, Faris Fuad (2016) menulis “Professor Datuk Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat berkata alternatif termasuk menggunakan sistem LRT berteknologi hijau atau sumber kuasa solar simpanan yang boleh dijana semula ketika kecemasan (hujan/bencana) dan menukar motor enjin LRT kepada model lebih efisian juga seharusnya dilaksanakan”. Pihak yang terlibat seperti Prasarana Malaysia Berhad
Image of page 5
Image of page 6

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 7 pages?

  • Spring '15

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture