Teknologi hijau merupakan satu bidang ilmu yang memberi manfaat kelestarian

Teknologi hijau merupakan satu bidang ilmu yang

This preview shows page 7 - 10 out of 13 pages.

Teknologi hijau merupakan satu bidang ilmu yang memberi manfaat kelestarian alam dan juga dapat memberi gambaran Islam secara menyeluruh. Potensi teknologi hijau dapat dilihat melalui sumbangan kepada pemantapan nilai dan ciri tamadun Islam itu sendiri (Norizan, Hussin, & Hasimah, 2016). Dengan berlandaskan prinsip-prinsip Islam dan pelaksanaan teknologi hijau, ia dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Kualiti hidup yang baik ini seterusnya menyumbang kepada
Image of page 7
Peranan Aplikasi Teknologi Hijau Dalam Usaha Melestarikan Alam Sekitar Menurut Perspektif Islam 7 kelestarian alam sekitar dan juga tamadun Islam yang mantap (Jamalinezhad, Talakesh, & Soltani, 2012) . Rajah 2: Sumbangan teknologi hijau terhadap ketamadunan Islam (Norizan et al., 2016) Rajah 2 menunjukkan gambaran berkenaan manfaat teknologi hijau yang membawa kepada kelestarian alam sekitar dan pemantapan ketamadunan Islam. Alam ini telah diterokai tanpa mengira kesan dan akibat. Kerana kerakusan manusia, sumber alam semakin tandus dan kelestarian alam sekitar terjejas. Atas dasar ini, telah diterokai cabang ilmu baru iaitu tenaga boleh baharu yang mengetengahkan sumber lain selain daripada sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. Teknologi hijau pula berperanan sebagai satu aplikasi yang membantu merealisasikan manfaat tenaga boleh baharu melalui alat yang dicipta. Manfaat yang diperoleh daripada aplikasi teknologi hijau berupaya menjadikan masyarakat lebih peka tentang alam. Masyarakat akan cenderung untuk menggunakan peralatan berteknologi hijau. Ini seterusnya dapat mengembalikan kelestarian alam sekitar dan seterusnya membantu membaiki nilai serta akhlak masyarakat supaya lebih peka kepada alam sekitar. Kesan positif ini juga akan mendorong kepada pemantapan nilai-nilai dalam ketamadunan Islam. 4.2 Memberi manfaat kepada ekologi Ekologi merujuk kepada satu bidang ilmu yang melibatkan hubungan makhluk hidup dengan persekitarannya dan saling bergantungan antara satu sama lain (Riberu, 2002). Teknologi hijau dilihat menjadi salah satu usaha untuk mengembalikan keharmonian hubungan sesama makhluk hidup seperti hubungan manusia, haiwan dengan tumbuh-tumbuhan.
Image of page 8
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.1 APRIL 2017 8 Teknologi hijau mempunyai manfaat kepada ekologi sebagaimana yang digariskan oleh Farahwahida et al. (2013) iaitu manfaat alam sekitar dan juga manfaat kesihatan manusia. Dalam Islam, hubungan antara manusia dan alam sekitar adalah hubungan sosial hakiki di mana ia menunjukkan bahawa segala isi dunia ini menyembah Tuhan yang sama (Mawil Izzi Dien, 1997). Oleh sebab itu, manusia bertanggungjawab memelihara alam sekitar kerana manusia dan alam saling bergantungan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 22: Maksudnya: Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Image of page 9
Image of page 10

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 13 pages?

  • Summer '17

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes