Sikap masyarakat menjadikan sungai tempat pelupusan sampah sarap antara punca

Sikap masyarakat menjadikan sungai tempat pelupusan

This preview shows page 6 - 9 out of 12 pages.

Sikap masyarakat menjadikan sungai tempat pelupusan sampah sarap antara puncautama pencemaran sumber air di negara ini. Sungai yang mengalir melalui kawasanpenempatan penduduk, kebun pertanian dan ladang ternakan bertukar keruh dan kotorakibat sikap masyarakat yang tidak endah dengan kebersihan sungai kita.Berdasarkan laporan Berita Harian pada 15 Julai 2019, Selat Johor yang menjaditempat tinggal hidupan laut di mana ianya adalah punca rezeki ratusan nelayan terjejasakibat pencemaran toksik yang didakwa sudah berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.Penguatkuasaan undang-undang yang lemah membabitkan pelbagai agensi kerajaan yangbertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar menyebabkan perbuatan yang tidakbertanggungjawab ini terus berlaku. Akibatnya, pelbagai hidupan laut di situ hampirpupus seterusnya menyebabkan keracunan makanan.5
Background image
Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, UniversitiTun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Madya Dr Radin Maya Saphira RadinMohamed, berkata pihak berkuasa tempatan perlu segera menangani masalahpencemaran yang disebabkan sisa efluen loji kumbahan yang mengalir dari sungai kekawasan laut. Loji kumbahan yang lama pula perlu diperbaharui sistemnya agarpemprosesan sisa kumbahan berjalan secara sistematik.Kebanyakan sungai yang dahulunya dijadikan tempat bermandi-manda tetapisekarang telah pun tercemar. Pencemaran air yang berlaku ini juga menyebabkan syarikatpengurusan bekalan air berdepan dengan masalah kerana perlu memberhentikan operasiloji apabila bekalan air mentah dicemari sisa-sisa toksik dan bahan kimia. Inimenyebabkan air mentah yang dicemari tidak dapat dibersihkan menerusi pemprosesansebelum air bersih dapat diagihkan kepada pengguna. 6
Background image
2.3 Dimensi Konsep Utama Pendidikan Kewarganegaraan Global2.3.1Memberi Faedah Kepada Masyarakat Dalam Menyelesaikan Isu Alam SekitarPendidikan kewarganegaraan global ditubuhkan oleh UNESCO adalah untukmemupuk rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain, semangat keupayaansesama hidupan dan untuk membantu masyarakat menjadi warganegara global yangbertanggungjawab. Selain itu, pendidikan kewarganegaraan global juga dapatmenyedarkan kita bahawa setiap manusia harus terlibat dan mengambil peranan tidakkira di peringkat tempat mahupun antarabangsa bagi menyelesaikan cabaran global.Terdapat tiga dimensi konsep utama pendidikan kewarganegaraan global iaitu kognitif,sosio-emosi dan tingkah lagu bagi menyelesaikan isu alam sekitar.Dimensi pertama itu kefahaman kognitif, di mana kita diberi kefahaman tentang isu-isu alam sekitar, dan betapa pentingnya kita untuk lebih prihatin dan menjaga alamsekitar yang sudah sekian lama banyak berjasa terhadap semua hidupan di muka bumi ini.
Background image
Image of page 9

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture