Ini selari dengan usaha negara untuk menjadi maju dalam segala bidang Dijangka

Ini selari dengan usaha negara untuk menjadi maju

This preview shows page 36 - 39 out of 52 pages.

segmen kenderaan ini dan komponen E&E. Ini selari dengan usaha negara untuk menjadi maju dalam segala bidang. Dijangka dalam menjelang 2025, kerajaan akan melaksanakan teknologi yang canggih dalam bidang automotif. Hal ini kerana, Malaysia tidaklah jauh ketinggalan dalam teknologi AV kerana terdapat syarikat dan universiti tempatan sudah mula menjalankan projek pembangunan berkaitan bidang ini. Pembangun projek kereta nasional 3.0 perlulah menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat dan universiti tempatan di negara ini. Sebagai contoh, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah pun melaksanakan R&D bagi mewujudkan kenderaan automatik sepenuhnya sejak tahun lalu dengan kerjasama bersama Moovita Pte Ltd dengan prototaip pertama kenderaan autonomi tujuh tempat duduk. Hasil daripada R&D ini wajar diaplikasikan dalam pembangunan projek kereta 3.0 agar mampu berdaya saing dengan kereta- kereta yang sedia ada seterusnya kekal relevan di masa akan datang.
Image of page 36
2.1 FAKTOR-FAKTOR PROJEK HSR DAN MRT3 2. 1.1 Pengenalan HSR Projek Kereta api KL-Singapura ialah salah satu Projek Titik Permulaan (Entry Point Project – EPP) di bawah program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Project – ETP) untuk Greater Kuala Lumpur pada tahun 2010, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia meliputi kawasan Bandar Malaysia, Sepang – Putrajaya, Seremban, Melaka, Batu Pahat, Muar, Iskandar Puteri dan Jurong East (Singapura). Kereta api berkelajuan tinggi (Kuala Lumpur – Singapura) telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak pada September 2010 dan diusulkan untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Singapura. Persetujuan kedua-dua negara, Malaysia dan Singapura pada tanggal 19 Februari 2013 melalui perbincangan antara kedua-dua pemimpin negara iaitu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dan persetujuan ini berlaku di Singapura. Pembinaan kereta api itu merupakan pengangkutan paling berteknologi moden antara kedua-dua bandar raya dunia ini. Walau bagaimanapun, projek HSR ini telah dimansuhkan kerana keadaan ekonomi yang kurang stabil dan pihak atasan ingin mengkaji semula perihal alat-alat yang digunakan untuk menjimatkan kos. Jumlah keseluruhan bagi projek HSR ini ialah bernilai RM60 bilion. HSR merupakan projek kereta api berkelajuan tinggi sejauh 350 kilometer menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dan dijangka beroperasi 2026. Pada April lalu, MyHSR Corp. Sdn. Bhd. mengumumkan Konsortium Malaysia Resources Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MRCB-Gamuda) dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd. TH Properties Sdn. Bhd. (YTL-THP) memperoleh tender sebagai Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) bagi kerja-kerja awam untuk projek tersebut dengan nilai kontrak dianggarkan berjumlah antara RM30 billion hinggan RM40 bilion. Walau bagaimanapun, sumber industri mengatakan bahawa kerja-kerja HSR masih dalam fasa awal reka bentuk dan pengambilan tanah.
Image of page 37
2. 1 . 2 Sektor pelancongan Malaysia meningkat Salah satu kebaikan HSR ini jika projek membina HSR ini tidak ditangguhkan adalah boleh meningkatkan sektor pelancongan Malaysia. Pada zaman dahulu,
Image of page 38
Image of page 39

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture