kumpulan bertukar idea perasaan dan pengalaman dalam sesuatu topik yang

Kumpulan bertukar idea perasaan dan pengalaman dalam

This preview shows page 5 - 6 out of 14 pages.

kumpulan bertukar idea, perasaan dan pengalaman dalam sesuatu topik yang spesifik (Cooper & Schindler, 2003). Pada kebiasaannya, bilangan ahli dalam sesuatu FGD ialah 6 hingga 10 orang (Cooper & Schindler, 2003) atau 6 hingga 9 orang (Kruger, 1994) dan ahlinya adalah seragam (homogeneous) untuk menggalakkan lebih banyak perbincangan dan interaksi yang bebas (Hawe et al., 1990). FGD memainkan peranan penting untuk mendapatkan maklumat awal sebagai asas untuk kajian saintifik seterusnya, membuat pernyataan umum berasaskan kepada maklumat yang diperoleh dan mengendalikan tinjauan. Ia merupakan kaedah yang secara relatifnya tidak mahal dan menyediakan data yang adil serta boleh dipercayai dalam tempoh masa yang singkat (Cooper & Schindler, 2003; Sekaran, 2003). Data kualitatif yang diperoleh melalui FGD boleh digunakan untuk memperkayakan persoalan kajian, hipotesis dan membandingkan keberkesanan beberapa reka bentuk kajian (Cooper & Schindler, 2003). Dalam kajian ini, peserta FGD merupakan pegawai perolehan Kerajaan Gred 41 hingga 54 daripada pelbagai Kementerian Persekutuan di Malaysia. Pegawai perolehan Kerajaan dipilih sebagai responden dalam kajian ini kerana mereka mempunyai pengalaman dan terlibat secara langsung dalam menguruskan perolehan Kerajaan. Peserta dibahagikan kepada lima (5) kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 orang ahli dengan seorang moderator dan pembantu moderator. Moderator dan pembantu moderator adalah daripada kakitangan Pusat Penyelidikan Teknologi Alam Sekitar, SIRIM Berhad dan kajian ini dikendalikan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Perintis Perolehan Hijau dan Label Eko. Sebanyak 27 peserta daripada 19 Kementerian Persekutuan (79% daripada jumlah keseluruhan Kementerian Persekutuan) mengambil bahagian dalam FGD yang diadakan. Kementerian yang terlibat adalah (i) Kementerian Luar Negeri, (ii) Kementerian Pelajaran, (iii) Kementerian Pengajian Tinggi, (iv) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (v) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (vi) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, (vii) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, (viii) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, (ix) Kementerian Belia dan Sukan, (x) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, (xi) Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, (xii) Kementerian Pelancongan, (xiii) Kementerian Dalam Negeri, (xiv) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, (xv) Kementerian Sumber Manusia, (xvi) Kementerian Kerja Raya, (xvii) Kementerian Kewangan, (xviii) Kementerian Pengangkutan, dan (xix) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. FGD dilaksanakan secara berstruktur di mana struktur dan kandungan soalan yang dibincangkan dalam FGD telah dikenal pasti serta ditetapkan lebih awal bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pada akhir sesi FGD, setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Perincian mengenai keahlian FGD adalah seperti di Jadual 4.
Image of page 5
Image of page 6

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 14 pages?

  • Summer '17

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes