alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa atas sebab kelengahan untuk

Alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa atas

This preview shows page 16 - 19 out of 78 pages.

alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa atas sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah, apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan untuk melakukan atau yang akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini berkemungkinan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu tanpa waran dan menyita atau melakkan mana-mana benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya dari dalam tanah, rumah atau bangunan itu. (3) Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat penggeledahan itu boleh menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan atau yang boleh digunakan untuk maksud melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan jika benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila
Image of page 16
Bekalan Elektrik 17 dikemukakan, majistret hendaklah mengarahkan benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya itu disimpan dalam jagaan pegawai diberi kuasa atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini. (4) Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2) atau (3), jika didapati perlu untuk berbuat demikian (a) memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya; (b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya; (c) mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; dan (d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah. (5) Pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, pepasangan atau bahagiannya di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah menyediakan suatu senarai barang-barang yang disita dan dengan serta-merta menghantar serah suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penduduk, atau ejen atau pekhidmat penduduk itu yang berada di premis itu dan jika premis itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan suatu senarai barang-barang yang disita di premis itu. (6) Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah pada setiap masa membawa suatu kad pengenalan atau lencana rasmi dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh diwajibkan untuk membenarkan mana-mana orang yang mengaku dirinya sebagai seorang pegawai diberi kuasa memasuki
Image of page 17
18 Undang-Undang Malaysia A KTA 447 tanah, rumah atau bangunannya kecuali apabila kad pengenalan atau lencana itu dikemukakan.
Image of page 18
Image of page 19

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 78 pages?

  • Spring '19
  • DR RUZAIDI

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture