Penulis lirik pula dari Sarawak yang ingin menghasilkan lirik yang sesuai
dengan selera pendengar dalam kalangan etnik Melayu. Setelah selesai
proses mencipta muzik dan lagu, pemilihan penyanyi pula tidak semestinya
daripada etnik Melayu sahaja tetapi gabungan penyanyi daripada pelbagai
etnik. Kerjasama daripada pelbagai etnik tersebut telah menghasilkan suatu
bentuk karya muzik yang sempurna mengandungi unsur muzik campuran
pelbagai etnik dan didengar serta dinikmati juga oleh masyarakat pelbagai
etnik.
Pelbagai langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang
bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya
belia untuk menceburkan diri didalam aktiviti kesenian di Malaysia.
Dalam
tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), pembangunan budaya dan
seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional di samping mempererat
perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Pelbagai aspek kebudayaan dan
kesenian dibangunkan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang luas
untuk menyokong pertumbuhan industri pelancongan. Sehubungan ini, usaha
gigih dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran maklumat
kebudayaan dan pembangunan budaya dan seni telah diambil.
8

Kajian Lapangan : Persepsi Masyarakat Terhadap Kepelbagaian Warisan Kesenian Di
Malaysia
Dalam tempoh RMKe-8, pelbagai program kebudayaan, kesenian dan
warisan dilaksana bagi meningkatkan minat orang ramai terhadap seni dan
budaya serta pemuliharaan warisan negara. Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyatukan dasar
dan program bagi menggiatkan lagi budaya, seni dan warisan negara serta
menggubal strategi baru bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni.
Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di
kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti
kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan menengah. Dalam
tempoh Rancangan, sejumlah 220 Kumpulan Tunas Budaya baru dengan
10,200 pelajar telah ditubuhkan di sekolah rendah dan 77 Kelab Kesenian
Sekolah dengan 2,860 pelajar di sekolah menengah.
Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta
peralatan juga disediakan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang
untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi di peringkat negeri dan
daerah sebagai usaha untuk menyebar kesedaran dan penghayatan budaya
dan seni di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia.
Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan
warisan di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan
kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti
akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya
yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta
menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan.
