Kesimpulannya ibu bapa memikul tanggungjawab yang

This preview shows page 14 - 15 out of 17 pages.

Kesimpulannya, ibu bapa memikul tanggungjawab yang sama dalam memastikan keselamatananakanak. Namun begitu, tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk menjamin keselamatan merekaakan menjadi sia-siaseperti mencurahkan air ke daun keladi.Justeru itu, setiap ahli keluarga perlubekerjasama dan mengamalkan sikapsusah sama dipikul, ringan sama dijinjingbagi mewujudkaninstitusi kekeluargaan yang selamat. Sesunggguhnya, keluarga yang selamat dapat mewujudkan masyarakatyang sejahtera dan seterusnya menjamin keamanan Negara. Keselamatan seseorang individu dapatmembantu dalam kstabilan fizikal dan mental . Oleh itu, anak-anak perlu diberikan pendidikan yangsempurna seiring dengan keselamatan bagi melahirkan individu yang cemerlang bagi memimpin Negara bakkata pujangga,pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.9. Tema: RemajaGolongan remaja merupakan aset penting negara.Huraikan peranan remaja dalam pembangunan negaraMemang tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja seperti saya merupakan modal insan ataupun asetberharga kepada nusa dan bangsa. Demi pembangunan negara, negara berhasrat untuk melahirkan modalinsan yang berkualiti, yakni berpendidikan, berwawasan, berdedikasi, berkaliber dan berdisiplin. Oleh halyang demikian, dalam RMK-9, sebanyak 20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modalinsan dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu.Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialahremaja atau tenaga muda keranapemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Golongan mudalah yangdapat menyumbangkan idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam segala bidang, khususnya dariaspek iktisad.Jadi, apakah peranan remaja dalam usaha untuk merealisasikan visi kudsi kerajaan, yaknimelahirkan modal insan yang berkualiti?Sebagai bakal modal insan yang berkualiti, remaja haruslahmempunyai pendidikan formal yangsempurnaKejayaan dalam pendidikan akademik merupakan satu platform yang amat penting untukmemastikan saya dapat menjadi modal insan yang berkualiti lagi syumul. Tanpa pendidikan akademik yangsempurna sudah pasti impian remaja untuk cemerlang dalam bidang yang diimpikan akan menjadianganangan Mat Jenin.Oleh itu, remaja haruslahmemerah otaksehingga mencapai ijazah kelas pertama,sarjana muda, dan jika diizinkan Allah sehingga falsafah kedoktoran. Remaja dapat mencapai kejayaandalam bidang pendidikan dengan berbekalkan semangat yang kental dan usaha yang gigih. Demi mencapaikejayaan yang cemerlang,ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya.Dengan berbekalkankejayaan akademik remaja dapat bersaing dengan masyarakat global dengan penuh keyakinan dan sekali gusdapat mengharumkan nama negara di pentas dunia. (P) Tegasnya, demi menjadi modal insan yang bergunakepada tanah air, remaja perlulah bertungkus lumus untuk memperoleh pendidikan yang setinggi mungkin.Bukankah genggam bara api biar sampai jadi arang?

Upload your study docs or become a

Course Hero member to access this document

Upload your study docs or become a

Course Hero member to access this document

End of preview. Want to read all 17 pages?

Upload your study docs or become a

Course Hero member to access this document

Term
Summer
Professor
N/A
Tags

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture