Foto 8 Contoh pembangunan pejalan kakisikal yang diasingkan daripada jalan

Foto 8 contoh pembangunan pejalan kakisikal yang

This preview shows page 53 - 56 out of 96 pages.

Foto 8 : Contoh pembangunan pejalan kaki/sikal yang diasingkan daripada jalan utama Sumber : Urban Advantage, Bahan binaan lain selain daripada bitumen digunakan dalam membina permukaan laluan pejalan kaki/sikal. j) Tempat Letak Basikal Perletakan kemudahan tempat letak basikal hendaklah disediakan di kawasan-kawasan yang mudah sampai kepada pengguna (Foto 9) . Reka bentuk kemudahan tempat letak basikal yang disediakan hendaklah selamat dan mencukupi. Menyediakan papan tanda penerangan yang jelas tentang penggunaan kemudahan tempat letak basikal. Foto 9 : Contoh-contoh reka bentuk kemudahan tempat letak basikal Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Image of page 53
GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 40 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia k) Tempat Letak Kereta (TLK) Ruang TLK hendaklah diletak di tempat yang tidak mengganggu kesinambungan di sepanjang laluan pejalan kaki. Kedua-dua belah jalan hendaklah disediakan ruang TLK on-street ‟. TLK off-street boleh diletakkan di belakang lot bangunan supaya tidak menganggu akses pejalan kaki. Setiap modul kejiranan hijau digalakkan memperuntukan ruang TLK yang kurang daripada 1.5 TLK bagi setiap unit rumah (Rujuk Jadual 6) . Bagi kawasan perdagangan atau pusat kejiranan, ruang TLK digalakkan dikurangkan sebanyak 10% hingga 50% daripada piawaian TLK sedia ada. Tindakan ini hanya dapat dilaksanakan apabila kawasan ini telah mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisien serta persekitaran yang ‟walkable seperti penyediaan laluan penjalan kaki yang bersinambungan dan selesa. Peruntukan Tempat Letak Kereta Baik (Kejiranan Hijau yang „walkable‟) Sederhana (Kejiranan Hijau yang bergantung kepada kenderaan awam) Kurang Baik (Kejiranan yang bergantung kepada kenderaan persendirian) Kurang daripada 1 TLK/Unit Rumah 1.5 1 TLK/Unit Rumah 2 1.5 TLK/Unit Rumah Jadual 6 : Penilaian ruang tempat letak kereta dalam kejiranan hijau
Image of page 54
GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 41 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia l) Persekitaran Kejiranan yang Selamat dan ‘Barrier Free’ Aspek keselamatan merupakan elemen penting dalam perancangan sesebuah kejiranan. Perancangan pembangunan menggunakan pendekatan „crime prevention through environmental design‟ (CPTED) boleh mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan. Pendekatan ini, boleh dirujuk dokumen “Panduan Pelaksanaan Crime Prevention Through Environmental Design terbitan JPBD (2010). Kejiranan yang selamat akan menggalakkan lebih ramai penduduk selesa untuk berjalan kaki dengan rasa yang selamat untuk ke destinasi mereka. Selain itu, reka bentuk barries free di dalam kejiranan juga dapat menggalakkan orang kelainan upaya untuk berdikari mendapatkan keperluan mereka dan berasa selamat untuk berjalan di dalam kejiranan berkenaan serta menggunakan pengangkutan awam (Foto 10) .
Image of page 55
Image of page 56

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture