menghina dan tidak betul boleh menimbulkan perasaan tidak senang marah dan

Menghina dan tidak betul boleh menimbulkan perasaan

This preview shows page 9 - 11 out of 30 pages.

menghina dan tidak betul boleh menimbulkan perasaan tidak senang, marah dan pelbagai lagi. Kadang kala perkara yang pada pandangan agama lain tidak ada apa-apa, tetapi ia memberi makna besar erti dan maknanya pada pandangan Muslim (Berita Harian 1 November 2007). Menurut Fauzi Yusoh (2004) di dalam kajian ilmiah bertajuk "Hubungan Kemasyarakatan Di Antara Orang Islam Dengan Bukan Islam Menurut Pandangan Islam” didapati bahawa Islam menggesa penganutnya supaya mengadakan hubungan kemasyarakatan dengan orang bukan Islam yang hidup bersama dalam negara Islam serta tidak bermusuhan atau memerangi orang Islam. Perhubungan ini perlu bagi menggambarkan keindahan dan keharmonian Islam terserlah pada pandangan mereka sekaligus mencuri perhatian mereka untuk bertoleransi serta memahami ajaran Islam itu sendiri. Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan, negara, kedudukan keluarga, orang bukan Islam dan harta. Walaupun Islam memberi kelonggaran dalam penglibatan orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada orang Islam. Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk menjaga kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip persamaan dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan martabat Islam (Wan Hirni Marlina, 2007: 80). Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan seperti mewujudkan perbezaan dan diskriminasi antara kaum dan ia seolah-olah bertentangan dengan konsep persamaan dan keadilan dalam Islam. Walau bagaimanapun, peruntukan orang Melayu ini merupakan jaminan bagi orang Melayu untuk sama-sama mencapai kejayaan kerana tanpa dibantu sukar untuk berjaya disebabkan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah British. Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jelas menunjukkan orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan berbanding etnik lain. Jika diteliti walaupun orang Melayu mendapat kedudukan istimewa, namun pada masa yang sama hak kaum lain dijamin dan tidak boleh dilucutkan. Selain itu ia adalah persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu sewaktu menggubal perlembagaan dan bukan keputusan sebelah pihak sahaja. Hal ini ditambah lagi kerana peruntukan tersebut adalah bagi menjamin kedudukan orang Melayu yang bermaksud 8 | P a g e
Image of page 9
CTU 555: Sejarah Malaysia-Hubungan Etnik menjamin kedudukan Islam. Pada masa yang sama orang bukan Melayu lebih berjaya dari segi ekonomi dan pendidikan berbanding orang Melayu. Namun, kedudukan istimewa orang Melayu ini perlu dilaksanakan dengan betul iaitu untuk membantu orang Melayu keluar dari arus kemiskinan tanpa menafikan hak etnik lain Kedudukan istimewa ini juga perlu dirasai oleh semua orang Melayu dan bukannya segelintir orang Melayu seperti yang dipersepsikan oleh etnik bukan Melayu. Jika ini dilaksanakan, jelaslah ia menepati prinsip keadilan dalam Islam. Perbincangan di atas menunjukkan orang Melayu mempunyai keistimewaan dalam
Image of page 10
Image of page 11

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture