ii Keperluan penyediaan adalah dalam bentuk 10 peratus mutlak di mana

Ii keperluan penyediaan adalah dalam bentuk 10

This preview shows page 15 - 18 out of 44 pages.

ii. Keperluan penyediaan adalah dalam bentuk 10 peratus mutlakdi mana keseluruhannya adalah tanah lapang berfungsi, tanpa mengambilkira keluasan rizab-rizab kemudahan awam dan utiliti. iii. Pihak PBPT perlu mengambil langkah -langkah merancang dan menyediakan tanah lapang secara bergabung dengan lot-lot berdampingan bagi memastikan dasar 10 peratus tanah lapang dapat dikuatkuasakan secara berkesan ke atas permohonan pembangunan perumahan bersaiz kecil bagi mengelak wujudnya tanah lapang kecil (incidental open space) secara berselerak. iv.Penyediaan tanah lapang bagi pembangunan bertanah berkeluasan kecil (< 2.5 ekar) adalah mengikut kesesuaian dan budi bicara PBN/PBT.
Background image
GARIS PANDUAN PERANCANGAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI 8 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 8.2.3Keperluan Penyerahan Tanah Lapang Awam i.Tanah-tanah lapang berfungsi yang ditetapkan di dalam pelan susun atur pembangunan yang telah diluluskan adalah berperanan dan dikategorikan sebagai tanah lapang awam. ii.Tanah-tanah lapang awam ini perlu diserahkan kepada PBN dan diwartakan di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara (KTN). 8.3 Penyediaan Tanah Lapang Bagi Skim Perumahan Berbilang Tingkat 8.3.1 Pembangunan Perumahan Berbilang Tingkat i.Permohonan pembangunan perumahan berbilang tingkat (high-rise housing) yang dipohon secara individu (tidak berbentuk pembangunan bercampur dengan komponen perumahan bertanah atau guna tanah lain) perlu melaksanakan piawaian5 meter persegi tanah lapang.ii.Berdasarkan piawaian ini, semua permohonan pembangunan bagi rumah pangsa kos rendah, pangsapuri, pangsapuri perkhidmatan, town housedan kondominium (meliputi semua saiz), perlu menyediakan tanah lapang berdasarkan kadar 5 meter persegi bagi setiap penduduk.iii.Bagi skim pembangunan perumahan berbilang tingkat yang melebihi keluasan 10 ekar yang dikemukakan dalam bentuk pelan induk, sebanyak 20 peratus daripada jumlah kawasan lapang perlu disediakan secara berpusat (centralised open space) di luar plot pembangunan. iv.Formula bagi melaksanakan piawaian ini adalah seperti berikut: Keluasan tanah lapang = JUK x saiz isi rumah x 5 meter persegi. Nota:i.JUK= Jumlah unit kediaman ii.Saiz isi rumahadalah merujuk kepada Purata Saiz Isi Rumah yang diunjurkan pada tahun 2020 (tahun akhir perancangan) di dalam Rancangan Tempatan yang diwartakan. Contoh Pengiraan: Jenis pembangunan : Pangsapuri Keluasan : 4.8 Hektar Piawaian kepadatan : 100 unit / hektar Purata saiz isi rumah : 4.2 (tahun 2020) 1 hektar : 10,000 meter persegi
Background image
GARIS PANDUAN PERANCANGAN TANAH LAPANG DAN KAWASAN REKREASI 9 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Keluasan tanah lapang yang perlu disediakan adalah: Langkah 1:4.8 hektar (luas) x 100 unit (piawaian) = 480 unitLangkah 2:480 unit x 4.2 x 5 meter persegi = 10,080 meter persegi(bersamaan dengan 1.008 hektar).
Background image
Image of page 18

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture