Sprm tidak akan berkompromi dengan mana mana pegawai

This preview shows page 114 - 116 out of 191 pages.

SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan kakitangannya yang melakukan kesalahan pelanggaran tatatertib. Semua keputusan hukuman yang dikenakan ke atas warga SPRM yang didapati bersalah dihebahkan kepada semua warga SPRM melalui e-mel dan diwartakan. Hebahan dan perwartaan ini bertujuan sebagai peringatan kepada semua warga SPRM agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta menjaga tahap akauntabiliti dan integriti pada setiap masa.PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI WARGA SPRMPembudayaan integriti mesti bermula daripada pegawai dan kakitangan SPRM. Program bagi memantapkan integriti warga SPRM bertujuan melahirkan warga SPRM yang berakhlak mulia, berintegriti, berakauntabiliti, berdisiplin, progresif dan berdaya saing. Pelaksanaan program dibuat melalui pendekatan agama dan psikologi di peringkat Ibu Pejabat SPRM, SPRM Negeri serta SPRM Cawangan. Pendekatan melalui program keagamaan digunakan untuk mengukuhkan integriti dan nilai murni warga SPRM secara kerohanian. Sebanyak lima program berskala besar dan 16 program berskala kecil dilaksanakan. Program berskala besar merujuk kepada program yang melibatkan jumlah peserta yang ramai iaitu melebihi 100 orang. Program-program tersebut ialah:
LAPORAN TAHUNAN SPRM 20191081. Ceramah bertajuk ‘Penghayatan Al-Quran Menerusi Sains’ oleh bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd Arif bin Kosmo pada 1 Mac 2019. Penceramah menjelaskan kepada peserta bagaimana sains membantu manusia memahami kandungan Al-Quran;2. Ceramah bertajuk ‘Penghayatan Ramadhan dan Hukum Hakam Puasa’ oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli pada 2 Mei 2019. Ceramah sempena kedatangan bulan Ramadhan ini mengingatkan warga SPRM mengenai kewajipan dan penjelasan mengenai hukum hakam puasa;3. Ceramah bertajuk ‘Penghayatan Ibadah Haji dan Qurban’ oleh Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd, Ustaz Dato’ Md Daud bin Che Ngah pada 15 Julai 2019. Ceramah ini memberi penekanan tentang ibadah haji dan qurban;4. Ceramah bertajuk ‘Hidup Kaya Dengan Amanah’ oleh Pegawai Pendidikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sungai Manggis, Dr. Shahrul Azmi bin Sidek pada 1 November 2019. Ceramah ini menekankan kepentingan sifat amanah yang perlu ada dalam diri penjawat awam terutamanya mereka yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang. Penceramah memberi contoh mengenai punca kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud adalah disebabkan kurangnya sifat amanah; dan5. Ceramah Maulidul Rasul bertajuk ‘Hayati Semangat & Falsafah Maulidul Rasul’ oleh penceramah bebas, Dato’ Rashidy bin Jamil pada 22 November 2019. Ceramah sempena dengan sambutan Maulidul Rasul ini mengingatkan warga SPRM agar menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh individu yang mempunyai integriti tinggi.

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture