Dengan gaji pengguna yang terhad pengguna boleh membelanjakan pendapatan mereka

Dengan gaji pengguna yang terhad pengguna boleh

This preview shows page 7 - 9 out of 13 pages.

yang ingin dicapai adalah untuk memaksimumkan kepuasan sendiri. Dengan gaji pengguna yang terhad, pengguna boleh membelanjakan pendapatan mereka untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Contohnya, makanan-makanan sedap, barang kemas, barang elektronik dan sebagainya. Mereka akan merasa kepuasan tersebut sekiranya keputusan tersebut dibayar mengunakan pendapatan sendiri. Kegiatan ekonomi di antara pengguna dan pengeluar adalah pasaran. Kedua-dua pengguna dan pengeluar ini akan bekerjasama dan berinteraksi dalam pasaran untuk menentukan harga dan kuantiti bagi sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dari segi pengguna, objektif utama adalah untuk memaksimumkan utiliti dengan pendapatan yang terhad. Dari segi pengeluar, objektif utama adalah untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan dengan kos yang paling minimum supaya pengeluar dapat memaksimumkan keuntungan termasuk buruh, modal. Bukan berinteraksi di antara pengeluar dan penguna sahaja, peranan kerajaan di Malaysia juga sangat penting. Kerajaan akan campur tangan dalam kegiatan ekonomi campuran di Malaysia supaya untuk mengelakkan masalah pengangguran atau masalah kemelesetan ekonomi dan masalah inflasi. Terdapat banyak dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Kerajaan Malaysia menggunakan Dasar Fiskal dikenali sebagai perbelanjaan kerajaan dan cukai. Dasar ini dilaksanakan melalui pembentangan belanjawan di Parlimen setiap tahun. Tujuan dasar ini adalah mengutip hasil negara dan membelanjakan hasil tersebut untuk memaksimumkan kebajikan ekonomi dan kebajikan rohani rakyat. Ini juga akan mewujudkan kepuasan yang maksimum di kalangan rakyat. Kerajaan juga mengambil langkah konsolidasi fiskal sejak tahun 2004. Ini adalah untuk memperbaiki kedudukan fiskal dan mengawal hutang Kerajaan kepada Bank Dunia. Sekarang kerajaan mengambil inisiatif untuk mengurangkan hutang negara dengan mewujudkan Tabung Harapan. Kawalan yang lebih ketat terhadap pelaksanaan projek pembangunan supaya mematuhi siling peruntukan. Bukan itu sahaja, kerajaan juga ingin mempertingkatkan kecekapan pengurusan projek supaya projek tersebut boleh disiapkan mengikut jadual. Kerajaan juga akan memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi hasil kerajaan dan mencari sumber hasil baru untuk meningkatkan kutipan hasil kerajaan. Selain itu, kerajaan juga melaksanakan Dasar Kawalan Harga terutamanya kepada barang-barang asas seperti gula, telur ayam, beras, bawang dan sebagainya. Di negara Malaysia terdapat lebih daripada 100 barang-barang terutamanya barang makanan. Tidak dinafikan bahawa dasar ini adalah untuk menjaga kebajikan pengguna. Sekiranya pengeluar atau penjual menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, denda akan 6
dikeluarkan oleh KPDNKK sehingga RM10000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau kompaun maksimum RM50000 bagi individu. Dasar ini sangat berkesan dalam mencegah pemgambilan untung yang banyak oleh peniaga. Dasar ini merupakan satu langkah untuk menangani kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melampau. Dengan dasar yang efektif ini, pengguna akan merasa kepuasan yang maksimum dengan kos yang berpatutan. Dasar ini harus diteruskan untuk membantu rakyat terutama hari

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture