viii Merekabentuk ruang dalaman bangunan berbentuk courtyard bagi menggalakkan

Viii merekabentuk ruang dalaman bangunan berbentuk

This preview shows page 29 - 32 out of 89 pages.

(viii) Merekabentuk ruang dalaman bangunan berbentuk ‘courtyard’bagi menggalakkan aktiviti rekreasi pasif di dalam kawasan kediaman; dan (ix) Menggalakkan penggunaan bahan binaan yang mudah serap air (grasscrete) di kawasan tempat letak kereta kediaman.
Background image
Draf Garis Panduan Perancangan PerumahanJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 23 Perincian berkenaan dengan garis panduan umum, garis panduan khusus dan mekanisme pelaksanaan kejiranan hijau perlu merujuk kepada Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau (JPBD Semenanjung Malaysia, 2012) dan GBI Township Rating Tool(GBI Sdn. Bhd., 2011). 7.4 Penerapan Konsep Kediaman Selamat Kediaman selamat merupakan sebuah konsep yang memberi penekanan kepada pewujudan persekitaran perumahan yang selamat. Penerapan konsep ini adalah berasaskan kepada strategi, prinsip dan langkah-langkah pencegahan jenayah melalui rekabentuk persekitaran (crime prevention through environmental design CPTED)yang menjadi salah satu teras utama kepada pewujudan bandar selamat.Strategi, prinsip-prinsip seperti pengawasan asas (natural surveillance), pengawalan laluan secara semulajadi (natural access control), kejelasan sempadan (territorial reinforcement)dan penyelenggaraan dan pengurusan serta langkah-langkah CPTED boleh diaplikasikan di dalam susun atur pembangunan dan rekabentuk bangunan. 7.4.1 Penerapan Ciri-Ciri Kediaman Selamat Dalam Susun Atur Perumahan(i) Menggalakkan pembangunan perumahan secara bercampur dengan aktiviti perniagaan dan lain-lain aktiviti yang boleh menarik tumpuan awam bagi mewujudkan suasana aktif dan sibuk (Rajah 7.9);(ii) Mengadakan aktiviti-aktiviti guna tanah tambahan seperti kawasan rekreasi, restoren dan pusat komuniti di kawasan unit kejiranan dan sub kejiranan; (iii) Merekabentuk susun atur dan sempadan setiap unit kejiranan atau sub kejiranan secara jelas;
Background image
Draf Garis Panduan Perancangan PerumahanJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 24 Rajah 7.9: Ilustrasi Pembangunan Perumahan Secara Bercampur Dengan Aktiviti Guna Tanah Lain(iv) Mengelak penyediaan ruang terpinggir, terperangkap dan jalan mati (entrapment stop) di laluan pejalan kaki atau di laluan jalan mati; (v) Membentuk ruang pandangan persekitaran yang jelas antara sempadan kawasan awam dengan sempadan kawasan persendirian melalui penyediaan landskap lembut dan landskap kejur yang sesuai, tidak terlalu tinggi dan mudah diselenggara. (vi) Menyediakan lokasi tempat awam dan taman rekreasi termasuk taman linear dalam jarak berjalan kaki dan mudah dilihat daripada pelbagai sudut unit kediaman (intervisibility) bagi tujuan meningkatkan `defensiveness’ daripada kejadian jenayah; (vii) Memastikan laluan pejalan kaki menghadap bahagian hadapan premis bangunan bagi meningkatkan visibiliti supaya pengawasan semulajadi dapat dibuat secara terus oleh orang awam; (viii) Menyediakan panjang `cul-de-sac’ tidak melebihi 75 meter dan direkabentuk secara lurus; (ix) Menyedia jalan keluar masuk tidak melebihi 2 akses dan mengelakkan penyediaan jalan terus (through road) yang banyak antara satu unit/sub kejiranan dengan unit/sub kejiranan yang lain;
Background image
Image of page 32

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture